Batu Karang Kucing: Punca, Tanda & Rawatannya

Batu karang kucing adalah salah satu masalah kesihatan yang kerap dialami oleh kucing, terutamanya kucing jantan. Batu karang berlaku apabila terdapat pembentukan kristal atau mineral di dalam saluran kencing kucing, menyebabkan kesakitan dan kesukaran membuang air kecil.

Tanda kucing kena batu karang termasuklah kencing berdarah, sering cuba kencing tetapi hanya keluar sedikit air, dan menunjukkan tanda kesakitan ketika kencing. Masalah ini memerlukan rawatan segera kerana ia boleh mengancam nyawa kucing jika tidak ditangani dengan baik.

Banyak pemilik kucing mencari ubat batu karang kucing paling berkesan untuk mengatasi masalah ini. Selain rawatan perubatan moden, terdapat juga ubat batu karang kucing tradisional yang dipercayai membantu, seperti air kelapa ubat batu karang kucing dan penggunaan lobak putih untuk batu karang kucing.

Walau bagaimanapun, kos rawatan batu karang kucing di klinik veterinar boleh agak tinggi, menyebabkan sesetengah pemilik kucing memilih cara merawat kucing batu karang dengan kaedah alternatif di rumah.

Apa itu Batu Karang Kucing?

Batu karang dalam pundi kencing merupakan salah satu faktor yang menyebabkan penyumbatan pada saluran kencing kucing, terutama pada kucing jantan.

Keadaan ini menyebabkan kesakitan pada kucing akibat tekanan yang terbentuk daripada pengumpulan air kencing dalam pundi kencing.

Menurut kajian oleh penyelidik di Universiti Chiangmai, sekitar 2.2 peratus kucing yang dibawa ke hospital universiti didapati mengalami masalah batu karang dalam pundi kencing mereka.

Punca Batu Karang Kucing

Berikut ni 5 sebab utama batu karang pada kucing yang perlu anda ketahui!

1 JANTINA
Tahukah mami dedi bahawa kucing jantan lebih berisiko untuk menghidap FLUTD? Ini kerana saluran kencing mereka lebih panjang dan sempit berbanding kucing betina. Walaupun begitu, kucing betina juga boleh terjejas, tetapi ia lebih jarang berlaku.

2 OBESITI
Kucing yang obesiti atau terlalu gemuk berisiko tinggi menghidap FLUTD. Keadaan ini menyebabkan kucing menjadi malas untuk kencing dan sering menahan kencing. Kucing juga cenderung tidur selepas makan dan kurang minum air kerana kekurangan aktiviti.

3 PEMAKANAN
Punca utama FLUTD adalah pemakanan. Makanan kucing seperti biskut berwarna-warni sering mengandungi garam yang tinggi, yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang dalam pundi kencing. Mami dedi disarankan untuk memilih makanan kucing dengan kandungan garam yang rendah bagi mengelakkan masalah ini.

4 STRESS
Mami dedi mungkin terkejut, tetapi stress juga boleh menjadi punca FLUTD! Kucing boleh stress akibat tidak dapat mengawan, perlu berkongsi kotak pasir, kotak pasir yang kotor, atau air minum yang tidak bersih kerana jarang ditukar.

5 PENGAMBILAN AIR
Kurang minum air adalah faktor lain yang menyebabkan FLUTD. Apabila kucing tidak cukup minum, air kencing mereka akan menjadi lebih pekat, meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Pastikan kucing mami dedi minum air dengan cukup selepas makan untuk mencegah masalah ini.

Tanda Batu Karang Kucing

Batu karang yang kecil biasanya tidak memberi kesan simptomatik kecuali jika ia terperangkap dalam uretra dan menghalang aliran air kencing.

Batu karang yang lebih besar boleh memberi tekanan pada saraf serta merosakkan lapisan dalam pundi atau saluran kencing. Kucing yang mengalami masalah ini akan mula sukar untuk kencing, dan air kencing mereka mungkin menjadi merah atau berdarah.

Mereka akan kelihatan gelisah, kerap cuba ke tempat kencing, dan mengambil masa lama untuk buang air. Selain itu, kucing juga akan mengeluarkan bunyi kesakitan semasa kencing.

Jika saluran kencing tersumbat sepenuhnya, kucing akan menunjukkan tanda-tanda seperti muntah, hilang selera makan dan minum, lemah, serta kesakitan pada abdomen. Tekanan tinggi pada pundi kencing juga boleh menyebabkan kucing tidak mampu berjalan.

Diagnosis Batu Karang Kucing

Doktor veterinar akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas kucing dengan mendapatkan maklumat daripada penjaganya, termasuk umur, jantina, sejarah kesihatan, serta diet dan tabiat pemakanan.

Pemeriksaan ke atas pundi kencing juga akan dilakukan, di mana doktor akan cuba mengeluarkan air kencing dengan memberi tekanan pada pundi kencing.

Sekiranya air kencing tidak keluar dan pundi kencing kelihatan membesar, ini mungkin menunjukkan kehadiran batu karang. Sampel darah akan diambil untuk memeriksa fungsi buah pinggang serta tahap urea dalam darah.

Seterusnya, imbasan ultrasonik akan dijalankan bagi memeriksa dinding pundi kencing dan mencari tanda-tanda batu karang. Sampel air kencing juga akan diuji untuk mengukur pH, kandungan gula, graviti spesifik, serta mengenal pasti jenis batu karang yang ada.

Selain itu, imbasan radiografi kontras akan digunakan untuk menilai kedudukan dan saiz batu karang.

Jika pundi kencing bengkak dan air kencing tidak dapat dikeluarkan secara manual, doktor akan segera melakukan prosedur untuk menghilangkan sekatan dengan memasukkan tiub ke dalam pundi kencing.

Rawatan Batu Karang Kucing

Rawatan bagi batu karang pada kucing bergantung kepada jenis batu karang yang dihidapi. Batu karang jenis kalsium oksalat dan struvit adalah yang paling sering ditemui dalam kucing.

Proses rawatan awal bagi masalah ini adalah serupa, di mana tiub akan dimasukkan ke dalam saluran kencing untuk membantu pengaliran air kencing yang tersumbat dan memudahkan pemantauan warna air kencing.

Kucing akan ditempatkan di wad untuk pemantauan lanjut. Untuk batu karang jenis kalsium oksalat, rawatan yang sama dilakukan, dan kucing diberi diet yang mengandungi magnesium bagi menurunkan pH air kencing (menjadi lebih berasid), kerana magnesium berfungsi untuk menghalang pembentukan batu karang jenis ini.

Malangnya, tiada ubat yang boleh merawat batu karang kalsium oksalat secara langsung. Jika batu karang terlalu besar, pembedahan pada pundi kencing perlu dilakukan untuk mengeluarkan batu tersebut dan mengelakkan masalah pundi kencing tersumbat berulang.

Ubat Batu Karang Kucing

1. Dexton

Dexton | Credit: Shopee
Dexton | Credit: Shopee

2. Pet Care Urinic

Pet Care Urinic | Credit: Shopee
Pet Care Urinic | Credit: Shopee

3. Febustat

Febustat | Credit: Lazada
Febustat | Credit: Lazada

Bagaimana Cara Pencegahan Batu Karang Kucing?

Antara langkah pencegahan bagi masalah batu karang dalam kucing adalah dengan mengikuti diet yang disarankan oleh doktor, terutamanya bagi kucing yang pernah mengalaminya.

Jika diet tidak dikawal, batu karang boleh terbentuk semula dan menyebabkan masalah pundi kencing berulang. Diet yang rendah garam dan berkualiti tinggi amat penting untuk mencegah pembentukan batu karang.

Lebihan mineral dalam makanan juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, faktor stres, kurang minum air, dan penggunaan pasir kucing yang tidak bersih boleh menjadi punca pembentukan batu karang.

Stres yang dialami kucing boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan pundi kencing, yang akhirnya mencetuskan keradangan dan mengurangkan kekerapan kencing. Jika kucing menahan kencing terlalu lama atau kurang minum air, air kencing akan menjadi pekat dan berisiko membentuk batu karang.

Oleh itu, pemilik kucing dinasihatkan untuk menukar air minuman kucing setiap hari bagi menggalakkan mereka minum lebih banyak air, sekaligus memastikan air kencing lebih cair dan mengurangkan risiko pembentukan batu karang.


Batu karang pada kucing merupakan masalah kesihatan serius yang memerlukan perhatian khusus daripada pemiliknya. Ia boleh menjejaskan kesihatan kucing secara keseluruhan jika tidak dirawat dengan betul.

Untuk membantu kucing anda pulih, memilih makanan untuk kucing batu karang yang sesuai sangat penting. Makanan khusus ini membantu mencegah pembentukan kristal dan memastikan kucing mendapat nutrisi yang betul.

Beberapa jenama makanan kucing untuk batu karang yang terkenal termasuklah Royal Canin Urinary, Hill’s Prescription Diet, dan Pro Plan Urinary.

Pemilihan makanan kucing batu karang yang tepat dapat membantu mengurangkan risiko masalah berulang. Selain itu, sentiasa pastikan kucing anda minum air yang mencukupi bagi membantu mencairkan urin mereka.

Untuk cara merawat batu karang kucing, anda perlu membawa kucing ke klinik veterinar bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan yang betul. Rawatan batu karang kucing mungkin melibatkan penggunaan ubat-ubatan dan perubahan diet.

Walaupun kos rawatan kucing batu karang mungkin agak tinggi, rawatan yang cepat dan tepat mampu membantu kucing anda sembuh.

Leave a Comment